How can we help?

You can also find more resources in our Help Center.

Penjodoh Bilangan

STUDY
PLAY
Angkatan
sekumpulan manusia atau benda
(kapal, tentera, pelukis, penulis)
Baris
kedudukan benda/manusia yang berbaris
(orang, kedia, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja)
Batang
menunjukkan benda-benda yang panjang
(sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat)
Bentuk
benda-benda kecil yang berkeluk
(mata kail, subang, cincin)
Berkas
benda-benda yang diikat bersama-sama
(kunci, lidi, kayu)
Bidang
benda-benda yang terbentung luas
(tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar)
Biji
jenis buah, sayur-sayuran, benda-benda yang kecil
(bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, labu)
Bilah
benda-benda yang tajam
(parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris)
Buah
benda-benda besar yang padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
(kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera)
Buku
benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
(sabun, roti, benang)
Butir
benda-benda bular atau kecil
(telur, batu, manik, beras, peluru)
Carik
benda-benda yang dikoyakkan
(kertas, kain)
Cebis
benda-benda yang dikoyakkan
(kertas, kain)
Cubit
benda yang diambil sedikit dengan jari
(garam, gula, kunyit)
Cucuk
benda-benda yang dicucuk dengan lidi
(sate)
Das
bunyi letupan atau tembakan
(meriam, pistol, senapang)
Deret
benda-benda yang tersusun
(bagunan, rumah, kedai, kereta)
Ekor
semua jenis binatang
(nyamuk, semut, kuda, buaya, musang)
Genggam
benda-benda yang digenggam
(pasir, beras, padi)
Gugus
buah-buah ataupun benda
(anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci)
Gulung
benda-benda yang bergulung
(filem, permaidani, tikar, dawai, kertas)
Helai
benda-benda yang nipis dan lebar
(daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput)
Ikat
benda-benda yang diikat
(kayu, lidi, tebu, sayur, papan)
Iris
benda-benda yang dipotong kecil-kecil
(bawang, timun, daging, buah-buahan)
Jambak
benda-benda yang bertangkai/berangkai-rangkai
(bunga, kunci)
Kaki
benda-benda yang bertangkai
(payung)
Kawan
kumpulan haiwan
(lembu, kambing, lebah, gajah, merpati)
Kelompok
sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
(burung, awan, pulau, bintang)
Kepal
benda-benda yang dikepal dengan tangan
(nasi, pulut, tanah)
Keping
benda-benda yang nipis atau pipih
(roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah)
Kerat
bahagian benda-benda yang dipotong
(roti, tiang)
Ketul
benda-benda yang diketul dan padu
(ais, daging, tulang, sabun, roti)
Kotak
benda-benda yang diisikan di dalam kotak
(mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk)
Kuntum
untuk bunga
(mawar, melati, anggerik)
Laras
senjata api
(pistol, senapang, meriam)
Lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
(kertas, dawai, benang)
Longgok
benda-benda yang berada dalam longgokan
(durian, pakaian, tanah, cili)
Naskhah
bahan bacaan yang berjilid
(surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku)
Orang
manusia
(guru, juruwat, doktor, posmen)
Papan
benda-benda yang berbentuk kepingan
(coklat, petai, mercun)
Pasang
benda dan manusia dalam berpasangan
(pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak)
Pangsa
bahagian dalam buah
(durian)
Pasukan
sekumpulan orang yang berpakaian seragam
(permain kompang, polis, tentera pengakap)
Patah
kata
(perkataan, kata-kata)
Potong
benda-benda yang sudah dipotong
(kuih, daging, roti)
Pucuk
benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
(jarum, surat, pistol, meriam, senapang)
Puntung
sebahagian benda yang masih menyala
(rokok, bara, kayu api)
Rangkap
untuk puisi
(pantun, sajak, syair)
Rawan
benda-benda yang halus, labuh dan bersirat
(jala, jaring, pukat)
Ruas
benda yang beruas-ruas
(tebu, buluh)
Rumpun
tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
(buluh, tebu, serai, pandan, padi)
Sikat
buah pisang
(pisang)
Sisir
buah pisang
(pisang)
Tandan
buah-buahan yang bertandan
(pisang, kelapa, pinang, padi)
Titik
cecair tang menitis
(air, darah, dakwat, embun)
Tongkol
buah yang bertongkol
(jagung)
Ulas
usu buah-buahan yang berpangsa
(durian, limau, nangka, cempedak)
Urat
benda-benda yang halus dan panjang
(rambut, benang, dawai)
Utas
benda-benda yang panjang
(tali, dawai, rantai)